Saturday, January 23, 2010

expedisi mencari kelah trip yang ke-3

Aku rase aku dah jatuh cinta kt tasik kenyir x pon mungkin aku dah gile kot ,mane ader org pergi kt tasik kenyir 3 kali berturut2.Trip ni aku pergi seramai 15 orang ,sume otai2 dalam memburu kelah.Aku bertolak sekitar jam 3 pagi ,dalam perjalanan menuju ke Kuala Berang aku terserempak dengan kemalangan kereta proton wira ngam lembu ,pemandu ok tp penumpang cedera ckt cermin depan n belakang pecah teruk gakk la ....so nasihat aku kalau nk memandu malam berhati-hati lah di jalanraya.Aku sampai kt bandar Kuala Berang dalam kul 4 gakk coz driver aku ni rempit ckt .


Sementara menunggu pemancing lain sampai aku singgah kt pasar Kuala Berang saje pergi jalan 2 untuk mengisi mase terbuang.....Aku bertolak dengan bot dlm kul 9 pagi,perjalanan kami mengambil mase kira2 4 jam untuk sampai kt kawasan memancing.Kami berada disini untuk memburu kelah selama 3 hari 2malam baru puas hati...

tangkapan hari pertama kami.bolehla dari xder langsung kan.......Yang ni plak dah siap diproses untuk dijadikan santapan para pemancing...

Hari kedua aku mula meneroka jeram kt darat macam2 aku jumpe ade tapak harimau tapak gajah hasib baik member aku yang sorang ni hati kering kalau x mungkin x sampai la kt lubuk memancing .....aku berjalan kaki selama satu jam untuk sampai kt lubuk ikan tengas melalui jalan2 yang berbatu merentasi air jeram yang deras fuhh satu pengalaman yang x dapat dilupakan....Akhirnya aku dapat banyak jugak ikan tengas tapi sasaran aku belum lagi tercapai iaitu ikan kelah....santapan hari kedua kami....



Akhirnya setelah bertungkus lumus kami dapat juga menawan ikan kelah yang menjadi buruan ramai.Best giler lawan ikan kelah ,semua skali ikan kelah yang berjaya kami tawan ialah 7 ekor mungkin rezeki kami kali ni.Aku nasihatkan kepada sesiapa yang ingin memancing di tasik kenyir carilah orang yang tahu lubuk 2 yang ade ikan , jangan pergi balik dengan tangan kosong........

No comments:

Post a Comment