Friday, May 28, 2010

buggies















land rover idamanku











Tuesday, May 4, 2010

karenah manusia normal dan kurang normal



"orang cakap kalau layan orang gile nanti kite pon jadi gile" benarkah pepatah ini...??

Saturday, May 1, 2010

xpdc jeram rasau -kerteh











Trip kali ni aku meneroka di kg felda kerteh mencari lubuk-lubuk memancing yang mungkin belum diterokai oleh agen pemusnah ikan. Mungkin ade yang tak faham ape maksud "agen pemusnah ikan" istilah ini bermaksud pemancing yang memancing menggunakan bom,arus elektrik,racun dan seangkatan dengannya.Bagi aku memancing tak salah tapi biar la ikut peraturan kalau guna bom semua hidupan yang ada dalam sungai akan mati,tak elok la camni nanti akan datang kami kaki-kaki pancing nak pancing ape dah semua ikan pupus.Berbalik kepada trip aku tadi,xpdc ini disertai seramai 7 orang peserta selama 2 hari 1 malam.Kami bertolak dari tempat berkumpul tepat pukul 4 petang menuju ke felda kerteh dengan sebuah lori kecik.
ni la 4x4 kami yang x seberape
kami sampai di simpang masuk ke sungai sekitar jam 5.30 dan kami terpaksa berhenti rehat seketika sementara menunggu pemandu pelancong sampai.Sebelum sampai ke sungai kami terpaksa melalui ladang kelapa sawit sejauh 3km dengan keadaan jalan yang kurang menyenangkan peserta yang berada di bahagian belakang.
Setelah sampai kat sungai kami terpaksa mengharungi jalan yang berbatu pulak ....kesian kat peserta kami ade yang jatuh ade yang tersungkor.....mengeluh pon ade lambat lagi ke sampai......perjalanan ini mwengambil mase selama satu jam. keciannyer kat member aku ni terpakse membawa baldi umpan riak wajah nye nampak memang dah penat sangat.......berat mata memandang berat lagi bahu memikul hehehehehe.
Akhirnyer setelah bertungkus lumus meredah pelbagai halangan sampai juga kami ke tempat perkhemahan kami.Kami tiba sekitar jam 7 malam tanpa melengahkan mase kami terpakse berpecah untuk mencari kayu api dan mendirikan khemah coz hari dah hampir gelap.
Aktiviti malam kami xde sebab semua peserta penat setelah mengharungi pelbagai rintangan so kami semua buat keputusan untuk tido dan memancing sekitar khemah sahaja.

Keesokkannya kami berpecah untuk mencari lubuk ikan, kami berjalan mendaki lagi untuk mencari air yang paling dalam ,setelah penat mendaki akhirnya kami jumpe..
trip kami kali ini x berjaya coz ikan yang dapat ditangkap hanya la ikan-ikan yang kecik sekadar buat lauk sahaja tapi kami berpuas hati coz dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang masih asli ,pemandangan yang cantik dan udara yang segar.