Monday, January 30, 2012

Nasib seorang riders


PUTRAJAYA: “Ketika itu, Mariana berada di kedudukan paling depan. Tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah kanan dan merempuhnya hingga dia terpelanting ke atas bumbung kereta sebelum terjatuh ke jalan raya.”

Demikian kata pelumba basikal wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd Radzi, 24, ketika menceritakan bagaimana rakan sepasukannya, Mariana Mohamad, 34, dirempuh sebuah Perodua Kancil ketika berlangsung perlumbaan membabitkan 50 pelumba negara di sini, semalam.


Ketika kejadian pada jam 10.30 pagi di simpang empat berhampiran Istana Kehakiman itu, seramai 50 pelumba membabitkan kategori elit, bawah 23 tahun, remaja dan wanita bersaing untuk sesi pemilihan ke Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 pada 8 Februari depan.

Akibat kemalangan itu, Mariana patah tangan kiri, lutut kanannya berlubang, selain bengkak di dagu serta pipi. Selain Mariana, tiga lagi pelumba termasuk Masziyaton turut cedera. Dua pelumba skuad remaja iaitu Mohd Azri Ahmad, 17, dan Abdul Aziz Mohd Zahit, 17, masing-masing patah tangan kanan dan jari manakala Masziyaton hanya cedera ringan.


Masziyaton yang ditemui di Hospital Putrajaya berkata, Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita itu merempuh pelumba selepas lampu isyarat di persimpangan berkenaan bertukar hijau dan dia mungkin tidak menyedari kehadiran polis mengawal perlumbaan yang berlangsung.


Tiga pelumba yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya sebelum dibenarkan pulang, namun Mariana dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara bagi rawatan lanjut. Sementara itu, jurulatih berbasikal negara, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan berkata, kemalangan itu berlaku ketika perlumbaan yang keseluruhannya membabitkan 10 pusingan baru memasuki pusingan kedua.
Menurutnya, ia sama sekali tidak dijangka kerana segala langkah keselamatan sudah diambil termasuk kehadiran anggota polis bagi mengawal lalu lintas. “Bagi saya, semua ini takdir dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Saya anggap kejadian ini sebagai ujian sejauh mana tahap kesabaran kita,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, beliau turut lega kerana kemalangan itu tidak membabitkan skuad elit lelaki negara yang bakal bersaing di ACC untuk mendapat mata kelayakan ke Sukan Olimpik akan datang dan Le Tour de Langkawi (LTdL) hujung bulan depan.

Menurutnya, Mariana sebelum ini turut terbabit dengan kemalangan ketika menyertai Sukan Asia di Guangzhou, China, pada 2010. Dia yang ketika itu berusia 32 tahun patah tulang bahu dan cedera di dagu akibat kemalangan yang dialaminya ketika menyertai acara ujian masa lebuh raya 35.6 kilometer di venue triatlon, Bandar Mega Universiti, China. “Mariana antara pelumba yang berpotensi untuk beraksi di ACC, tapi apa yang berlaku ini kita harus terima. Saya harap semangat Mariana akan ditanam dalam diri semua pelumba wanita untuk berusaha memberikan terbaik buat negara biarpun ditimpa kejadian tidak diingini,” katanya.


Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab yang dihubungi pula berharap orang ramai tidak menganggap insiden ini satu kelalaian PKBM kerana pihaknya sudah bekerjasama dengan polis, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengawasi pelumba sepanjang perlumbaan pemilihan itu.

terjah 2012 2hari 1 malam

Xpdc mengejut geng terjah lubuk pembuka tirai 2012 yang berlangsung di jeram gajah disertai seramai 3 orang peserta .Aksi membangau ini berlaku kerana cuaca ketika itu panas dan tidak menampakkan tanda-tanda turunnya salji dan mengikut ramalan kajicuaca pula langit didapati cerah selama sebulan ngeeeeeee.





Tapi bukan seindah yang disangka-sangka langit tak selalunyer cerah sesampainyer sempadan pasir gajah atau dengan name oramputehnyer elephant sand maka mencurah-curahla air turun dari langit, tapi kami bertiga tetap mahu meneruskan perjalanan maka sampailah kami ke lubuk pertapaan kira-kira 6.30 petang.Dalam keadaan hujan renyai kami bertungkus lumus mendirikan khemah mengejar masa kerana waktu sudah hampir gelap.Pada malam tersebut tak banyak aktiviti mencabar dapat dilakukan hanya memasak ,sembang2 n memancing sekejap.Sentapan pertama oleh joran cap ayam dengan enjen abu garcia cardinal maka dapatlah menaikan baung sebesar carrot, sentapan kedua pula sebesar kotak mancis dan sentapan ketiga tuan joran masuk tido .Keesokkan paginyer keadaan bertambah buruk aksi membangau terpakse ditunde kerana keadaan air yang sudah mula bertukar wajah ........

layannnnnnn............

Tuesday, January 17, 2012

XPDC MELAWAT LUBUK CAPNGOMENG

XPDC ini bertujuan untuk melancarkan segala program pertapaan yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 januari yang dikenali operasi sawit gigil.Kami bertolak pada pukul 11 pagi bersama 4 orang krew dan sebuah kereta kebal untuk memeriksa keadaan jalan ,keadaan air,suhu,dan suasana dalaman yeala manela taukan takut ader orang buat fun fair kerr.

kereta kebal yang telah siap diupgrade sehingga bertukar menjadi macam kerete lamborghini jerrr



Sapela punyer kojo nihh tuang susu ngam tea kat dalam sungai habis lubuk den jadik teapeng ni mesti pekerje hajimat bastem punye koje sabotaj adoiii program bertape terpakse di tunde lagila nampaknyer......
Adoiiii cobaannnnnn renjer hutan baru terlepas hospital bahagia kalo sapo-sapo ado terjumpo silo buek camni yo sobolum dio kungfu hangpo

Tuesday, January 10, 2012

aminnnn

HARI NI 17 SAFAR 1433 HIJRAH GENAPLAH DUA TAHUN ADIK KU TAJULL KAMAL KEMBALI KE RAHMATULLAH......MOGA ROHANI MU SENTIASA BERSAMA DENGAN ROHANI AMBIA DAN SOLEHIN......SYAFAATI LAH IA YA RASULULLAH...SYAFAATI LAH IA YA RASULULLAH...SYAFAATILAH IA YA RASULULLAH.....AMIN.....AMIN.....AMIN.....YA ROBBALL ALAMIN......

Friday, January 6, 2012

Macam-macam ragam hehehehehe

Kedai yang paling heppy hehehehehe kalau nak tahu datang la kat kedai stesen bas kemaman kalau terkena gurauan yang tak masuk dek akal hehehehe jangan marah eaa nanti kne jual hahahahaha

Kalau korang nak tau ni la pengerusi besar kedai ni tegok dressing mengalahkan orang mude hahahahaha

Ni big boss kiteorang big tak

bos no 3 hehehehe boss yang baik hati senang kuli nak pau wakakakaka

ni boss kiteorang yang no 4 yang ni otai sikit bekas komando.....

Ni tok guru paling besor sekali dalam kedai dengan nama jolokan "ayah pin" merangkap tok ngulu kampung dusun kelape dan YB bandar chukai.

Sunday, January 1, 2012

Impian dan harapan


Bila bleh tercapai fuhhh dugaan semoga cepat tercapai amiinnn......Dalam kesibukkan kota yang semakin maju dan canggih semua orang nak memiliki model yang terbaru dan tercanggih tapi berbeza plak dengan aku hehehehehe zaman sekarang semua orang hendak tinggal di tengah kota yang serba moden tapi bagi aku tak sesuai buat diri ku berada di bandar besar kerana keadaan masyarakat yang pelik hehehehehe so aku lebih suka tinggal di hutan menghayati keindahan alam yang aman dan damai.

New tools


Kelengkapan berkayuh mesti power untuk memastikan kayuhan kita berjalan dengan lancar.Keperluan utama ketika berkayuh ialah tiub dan pum ,jika kedua2 kelengkapan ini tak ada maka terpaksa la menumpang mana -mana lori yang lalu lalang untuk balik hehehehe.Sebenarnya kalau kita terdesak kita boleh menggunakan cara lain seandainya kita tidak mempunyai tiub.Contohnya kita boleh menggunakan rumput atau lalang yang dimasukkan ke dalam tayar sehingga padat sebagai ganti tiub ,biasanya cara ini digunakan semasa berada di dalam hutan.