Sunday, March 28, 2010

expedisi mencari kelah di sungai kuala loh cemerung n jeram tanduk di kg air puteh


Expedisi ini disertai hanya seramai 2 orang peserta yang berlangsung selama 3 hari dua malam di tempat yang berbeza.Kami bertolak dari tempat berkumpul sekitar pukul 4 petang menuju ke lata cemerung yang dikatakan mempunyai hasil tangkapan yang banyak.Dalam perjalanan menuju ke lubuk pelbagai halangan yang kami lalui diantaranya kesilapan memilih laluan yang tak tahu kemana hala tuju,banyak makan buah langsat (sesat),kena tipu pon ade dan macam -macam lagi halangan yang tak dapat aku ceritakan.Kami sampai di air terjun cemerung hampir pukul 7 petang tetapi harapan kami hampa coz tak dapat masuk ke air terjun cemerung.Menurut pegawai keselamatan yang bertugas kawasan air terjun cemerung ini adalah kawasan larangan memancing.....sedih kami dibuat nyer.Pegawai tersebut mencadangkan kami pergi memancing di sungai kuala loh ,menurut beliu tempat tersebut terdapat banyak ikan seperti ikan kelah ,tengas,sebarau dan baung.
kami sampai di sungai loh sekitar jam 7.15 malam,hari hampir malam kami terpaksa mengejar masa untuk menyiapkan khemah dan mencari kayu api.setelah penat bertungkus-lumus menyiapkan khemah perut pulak berbunyi terpaksala kami makan lauk telur malam ni coz tak sempat mencari ikan segar untuk di buat santapan.Setelah selesai makan malam dah tiba masa yang di tunggu-tunggu ,segala kelengkapan perang dikeluarkan dari tempat persembunyian.Kami bergegas ke tepi sungai mencari tempat yang sesuai untuk memancing ,sambil berbekalkan lampu suluh dengan parang kami sabar menunggu walaupun suasana di sekitar menyeramkan .1jam telah berlalu kami kecewa ,nampaknya tak ada tangkapan untuk malam ini kesian betul kat kami.Kami masih lagi setia menunggu sehingga jam 1 pagi bercampur dengan penat mengharungi perjalanan jauh kami mengambil keputusan untuk tidur.


Bestnyer tidur sampai x perasan hari dah cerah tanpa membuang masa kami mengambil peralatan memancing meredah semak samun untuk mencari lubuk memancing.Setelah puas berjalan kami berhenti sambil melontar umpan yeala mane tau kot2 ade rezeki pagi ni boleh jugak merasa ikan segar.Puas kami memancing harapan kami untuk mendapat tangkapan hari ini juga hampa.Kami terpaksa berpatah balik ke khemah kerana perut dah lapar,sampai di khemah kami terpaksala makan nasi berlauk telur lagi.....pengalaman yang mencabar tol la.Salah sorang dari kami mencadangkan untuk berpindah ke tempat lain ,setelah berbincang akhirnya kata sepakat telah diterima kami akan bermalam di jeram tanduk di Kg air putih.
ni la khemah kami ....tak nampak macam khemah pun,tapi yang paling mendebarkan tempat kami berkhemah ni sebenarnya laluan gajah nasib baik la gajah tak lalu kalau lintang-pukang la kami lari.Menurut orang Kg tempat tersebut memang laluan gajah untuk mandi nasib baik gajah tak nak mandi ....fuuuhhhh

Kami bertolak dari sungai kuala loh sekitar jam 12 tengahari menuju ke jeram tanduk di Kg air putih.Kami tiba di destinasi kedua jeram tanduk pada jam 2 petang cuaca panas terik jadi jalan menuju ke jeram tanduk tidak melambatkan xpdc kami.

sabar menunggu tangkapan

khemah kami yang comel
Suasana sunyi pada waktu malam memberikan kami ketenangan yang tak dapat dinikmati di tengah kesibukkan kota.tangkapan pertama kami hehehehe goreng pon sodap.....tarzan bandar baru masuk hutanyang ni plak tukang masak thailand import mari malaysia oooooo.......memasak tak la pandai mane tapi pakai ayat p ramlee "hentam saja la labu...."
fuhhh baunyer memang menusuk kalbudua orang makan memang cukup la meh la nak join....."Burung pergi meninggalkan sarang ,Aku pergi meninggalkan keindahan,berapa lamakah lagi keindahan ini dapat aku nikmati,Semoga masih ada insan yang akan mengekalkan keindahan ciptaan tuhan ini."
Xpdc kali ini belum lagi mencapai target yang di sasarkan kerana raja sungai masih lagi belum timbul ,aku harap xpdc aku yang akan datang akan berjaya mencapai target yang aku idamkan.

Saturday, March 27, 2010

zaman dah berubah dunia dah maju

2010 adalah zaman perubahan yang paling ketara di kedai makan Hajimat stesen bas.Selama berpuluh-puuluh tahun berniaga bukan setakat pegang, bentuk laptop pon x kenal tapi sekarang dah berubah semua pekerja campur ngam tokey sekali c-buk berchating walaupon suasana c-buk bekerja tapi still sempat berchating.Inilah cabaran masa kini mempengaruhi kehidupan manusia.

Saturday, March 20, 2010

anak luar nikah yang berdaftar

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya
Berapakah ramai lagi anak luar nikah yang tak berdaftar agaknya......renungkanlah.....

Thursday, March 18, 2010

erti sahabat

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa
dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia
peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita
juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang
perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita
sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi
kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang
diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang
ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti
mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah
kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah
kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia
juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik
senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana
selalu silap tafsir terhadap dirimu..

Monday, March 15, 2010

40 penyamun berlesen 2010

undang......ape maksud undang-undang....?? undang mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu bermaksud -susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara.Adakah manusia perlu mematuhi semua undang-undang yang dibuat oleh manusia walaupun undang-undang tersebut bercanggah dengan kehidupan manusia.
Undang-undang membantu manusia atau manusia membantu undang-undang ........!!!!!???????