Saturday, January 23, 2010

expedisi mencari kelah trip yang ke-3

Aku rase aku dah jatuh cinta kt tasik kenyir x pon mungkin aku dah gile kot ,mane ader org pergi kt tasik kenyir 3 kali berturut2.Trip ni aku pergi seramai 15 orang ,sume otai2 dalam memburu kelah.Aku bertolak sekitar jam 3 pagi ,dalam perjalanan menuju ke Kuala Berang aku terserempak dengan kemalangan kereta proton wira ngam lembu ,pemandu ok tp penumpang cedera ckt cermin depan n belakang pecah teruk gakk la ....so nasihat aku kalau nk memandu malam berhati-hati lah di jalanraya.Aku sampai kt bandar Kuala Berang dalam kul 4 gakk coz driver aku ni rempit ckt .


Sementara menunggu pemancing lain sampai aku singgah kt pasar Kuala Berang saje pergi jalan 2 untuk mengisi mase terbuang.....Aku bertolak dengan bot dlm kul 9 pagi,perjalanan kami mengambil mase kira2 4 jam untuk sampai kt kawasan memancing.Kami berada disini untuk memburu kelah selama 3 hari 2malam baru puas hati...

tangkapan hari pertama kami.bolehla dari xder langsung kan.......Yang ni plak dah siap diproses untuk dijadikan santapan para pemancing...

Hari kedua aku mula meneroka jeram kt darat macam2 aku jumpe ade tapak harimau tapak gajah hasib baik member aku yang sorang ni hati kering kalau x mungkin x sampai la kt lubuk memancing .....aku berjalan kaki selama satu jam untuk sampai kt lubuk ikan tengas melalui jalan2 yang berbatu merentasi air jeram yang deras fuhh satu pengalaman yang x dapat dilupakan....Akhirnya aku dapat banyak jugak ikan tengas tapi sasaran aku belum lagi tercapai iaitu ikan kelah....santapan hari kedua kami....



Akhirnya setelah bertungkus lumus kami dapat juga menawan ikan kelah yang menjadi buruan ramai.Best giler lawan ikan kelah ,semua skali ikan kelah yang berjaya kami tawan ialah 7 ekor mungkin rezeki kami kali ni.Aku nasihatkan kepada sesiapa yang ingin memancing di tasik kenyir carilah orang yang tahu lubuk 2 yang ade ikan , jangan pergi balik dengan tangan kosong........

Friday, January 22, 2010

expedisi mencari kelah

Akhir tahun 2009 aku tekad untuk pergi mencari ikan kelah yang menjadi buruan para pemancing.Expedisi yang pertama aku bulan disember 2009 disertai 11 org pemancing tegar bertempat di tasik kenyir.
Expedisi ini berlangsung selama satu malam ,tapi aku hampa kerana tangkapan aku tidak mencapai target yang dikehendaki.Kami hanya dapat menawan beberape ekor ikan baung sekor ikan Toman dan 2 ekor ikan lampam.Pemandangan dekat air terjun langsir memang bagus untuk menenangkan jiwa yang bergelora.Aku nasihatkan kepada sesiapa yang patah @ hilang hati datanglah ke kenyir dan pergi ke air terjun langsir untuk mendapat ketenangan jiwa.
Kami pergi memburu toman dengan menaiki bot fiber yang dikemudi oleh otai kami untuk mencari lubuk ikan toman.








Pada sebelah malam pula kami sibuk memburu ikan baung , x sabar menunggu joran disentap ikan.






Trip yg kedua aku memburu ikan kelah juga bulan desember selang satu minggu trip yang pertama.Trip ni aku pergi seramai 10 org pemancing ,di sponser oleh tokey aku Hajimat cafe.Rombongan kami bertolak ke kenyir sekitar jam 12.30 malam n sampai ke Kuala Berang pada pulul 4 pagi.





Sementara menunggu bot kami sarapan pagi di bandar Kuala Berang ,best juga makan nasi lemak Kuala Berang ni.Selesai sarapan kami bergegas ke bot ,perjalanan kami mengambil masa 4 jam untuk sampai ke lubuk yang dikatakan banyak ikan.Setelah sampai kami terus memancing dengan harapan dapat menawan beberape ekor ikan.Tetapi harapan kami hanya tinggal harapan sekor ikan pun kami x dapat ....malang betul nasib kami mungkin x der rezeki kami.

Saturday, January 9, 2010

asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Persiapan untuk membuat bubur asyura ini telah bermula pada awal pagi lagi sekitar jam 7 bagi menyediakan bahan-bahan untuk membuat bubur asyura.Majlis ini diadakan di surau Kg Dusun Nyior melalui sumbangan yang di dermakan oleh penduduk kg.Majlis ini diketuai oleh Pok awie,Pok Aziz Marang,Pok Nazir,Pok lan,Pok Asmara,Pok romat dan pok Lat.Otai jemputan bagi menjayakan majlis ini diketuai oleh hajimat dan isteri ,majlis ini berakhir pada pukul 4 petang.