Saturday, September 18, 2010

melubukan diri di jeram kota

16 sep 2010 trip melubukan diri secara mengejut dilancarkan oleh otai lubuk iaitu Mat untuk memburu ikan-ikan di jeram kota.xpdc ini disertai seramai 3 orang otai-otai lubuk,kami bertolak dari tempat berkumpul sekitar pukuul 5 petang.Perjalanan agak tergesa-gesa coz takut hari gelap x sempat nak menyiapkan kelengkapan untuk bermalam



Kami sampai hampir jam 7.30 petang ,dalam keadaan kekalutan yg menyerang di kepale otak ahli2 lubuk 2 org daripada kami pergi ke sungai untuk mencari hasil tangkapan manakala aku pula terpaksa mendirikan khemah serta mencari kayu api.Akhirnya selepas 30 minit baru lah aku boleh merehatkan diri walaupon keaadaan dah gelap......peralatan juang tidak dilupakan untuk pertarungan sengit sekejap lagi bersama ikan baung jeram yg marbeles...selepas proses menghilqangkan kumpau dilakukan maka aku pon turunla ke gigi air untuk mencari 2,3 ekor baung jeram agar boleh dijadikan santapan untuk malam ini walaupon perot terlah memberikan isyarat dari tadi lagi.Tangkapan pertama aku dapat ikan daun,manakala yg ke 2 pula ikan baung tapi kecik sangat so aku cnr je .Sampai jam 10 malam xder baung besar yg dapat aku naikkan ...malang tol just daun ngam tengas je tapi sib baik x kumpau hehehehehehe.Malam tu plak kami terpaksa makan maggi je coz member aku lupe la plak nak bawak minyak n kuali yg ade cume periuk je hadoiiii.....
Keesokkan harinya member aku bergegas ke sungai untuk melihat hasil pukat . manakala aku hanya pergi casting mane tau kot2 sebarau menyambar......


Bile balik je kt khemah diorg dah siap posingg dah ...besar plakk tu dalam sekilo lebih gakk
siap bungkus lam plastik lagi lumayan tol hasil tangkapan diaorg ni......dalam perkiraan akula diaorg ni dapat lam 8 ekor ikan tengas semua besar tapi bukan nak dimakan tapi diabadikan lam aquarium kt rumahnyer hanya sekor je dimatikan coz member aku yg x pakai baju tu nak bawak balik n goreng....maka selesailah xpdc tergesa2 kami


alhamdulillah semuanya selamat semoga trip yang akan datang akan membuahkan hasil........kumpau itu indah hehehehehehe

Wednesday, September 8, 2010

Salam aidilfitri


Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada pengunjung yang sudi melawat blog hamba walaupon dah lame tak update .Akan datang trip2 yang lebih mencabar akan hamba catatkan buat mase sekarang hamba sibuk menguruskan kelengkapan perang bagi xpdc yang akan datang.

Thursday, September 2, 2010

Islamic Hijri Calendar

Wednesday, September 1, 2010

bazar ramadhan 2010


Tahun ini aku mengambil keputusan untuk berniaga di kg pengkalan pandan coz dekat dengan keluarga dan dapat berbuka puasa bersama.Seperti biase aku menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual minuman di bazar.Minggu pertama aku diuji dengan customer yang tak berape menjadi mungkin xde rezeki aku agaknya tahun ni.

Selepas seminggu aku bertahan akhirnyer aku membuat keputusan untuk mencari port lain same cam memancing gak ni duk kehulu ke hilir cari lubuk hihihihihihi.Aku pon try la tengok2 kat bazar ramadhan kt bandar kot2 ade yang kosong tapi hampa coz semuanya penuh.Akhirnya aku jumpa satu port kt pasar binjai.....kampong la sikit tapi xpe asalkan ade customer.

Monday, August 23, 2010

Injak najis pada Jalur Gemilang


PROTES...penunjuk perasaan memijak bendera Malaysia selepas membaling najis ke dalam kawasan kedutaan, semalam.


2010/08/24
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi, petang semalam. Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan Indonesia yang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka juga melepaskan najis ke atas bendera Malaysia yang dipijak di atas jalan tempat mereka berkumpul.

Kumpulan itu membawa lima bungkusan najis diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, plastik serta kotak polisterin sebagai ‘hadiah’ untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini memberi ‘najis’ lebih kotor kepada Indonesia.

Tiba-tiba, seorang daripada mereka melempar bungkusan najis ke dalam pagar kedutaan dan najis dilepaskan atas bendera Malaysia yang dipijak mereka.

Demonstrasi itu menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang didakwa merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan, 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang didakwa lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu, polis Indonesia menangkap tiga pelaku.Demonstrasi berlangsung sejam.

Wakil kumpulan kemudian memberitahu wartawan bahawa mereka memberi kata dua kepada polis Indonesia, iaitu lepaskan rakan mereka daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi dikenali sebagai ‘Sweeping Rakyat Malaysia’ itu dirancang dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di sini. - Bernama

Wednesday, August 4, 2010

SHISHA


Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?




Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:

(i) Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.

(ii) Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.

(iii) Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.

(iv) Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria dan lain-lain) ia dikenali dengan nama narghile, di Mesir dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula ia dikenali sebagai shisha atau goza dan di India ia dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali dan sering digunakan.



Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal معسلwink ) dan ‘ajami ( عجمي ). Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah dan melekit dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis dan nyaman seperti bau buah-buahan dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.



Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian asap tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut asap daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut asap daripada tembakau tetapi juga asap daripada arang, yang masing-masing
mengandungi bahan kimia dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.


Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), dan asap yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala asap daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu ia juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi
kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:

Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok dan juga orang lain yang terdedah kepada asap tembakau tersebut.

Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan boleh membawa maut.


Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Ugama Islam sebagai ugama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.”
(Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.”
(Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda :

Maksudnya:
“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya
sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam menentukannya ialah :

Ertinya:
“Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).”

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.

Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘ mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:

“Apa jugamakanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’its adalah haram.”

Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:

Tafsirnya:
“Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.”
(Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di atas adalah seperti berikut:

Ertinya:
“Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”



Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.

Monday, July 5, 2010

keris tamingsari


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.

Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Kini, Keris Taming Sari merupakan salah satu alat kebesaran Negeri Perak.
Keris Taming Sari adalah keris yang dipunyai oleh Taming Sari

Di ceritakan pemilik asal keris ini adalah merupakan pendekar atau hulubalang kerajaan mahajapahit yang bernama Taming Sari. Keris ini kemudianya bertukar tangan kepada hulubalang melaka yang telah berjaya membunuh taming sari bernama Hang Tuah.

Menurut cerita yang di ceritakan kejadian ini berlaku pada zaman kesultanan melaka di bawah pemerintahan sultan muzafar shah. Sultan tersebut hendak menikahi anak perempuan raja mahajapahit. Angkatan melaka telah berkunjung ke majapahit bersama - sama dengan para pembesar dan hulubalang melaka yang terdiri dari Hang Tuah,Hang Jebat , Hang Lekiu, Hang Kasturi dan Hang Lekir.

Ketika sambutan kepada sultan tersebut perbagai persembahan di sembahkan dan akhir sekali Taming sari meminta kebenaran kepada raja mahajapahit untuk menantang hulubalang melaka bermain keris. Tantangan tersebut di terima oleh Hang Tuah dan berlakulah babak permainan dan bertikam keris. kedua - dua pendekar nampak sama hebat dan gagah ... namun pada satu ketikan hang tuah berjaya menikan taming sari dengan keris nya ... tetapi tidak lut atau kebal .

Maka hang tuah berasakan bahawa kekebalan taming sari adalah disebabkan kesaktian yang ada pada kerisnya lalu hang tuah berusaha merampas keris itu. ketika di dalam pertempuran itu hang tuah berjaya membuat helah yang menyebabkan keris taming sari terlekat ke dinding lalu ia merampasnya.

namun adalah pantang membunuh musuh yang tidak bersenjata lalu diberikan keris beliau kepada taming sari dan di pendekkan cerita hang tuah berjaya menikan taming sari lalu mati. Lalu keris itu telah dihadiahkan kepada hang tuah oleh raja mahajapahitt.

keris ini juga terbabit di dalam membunuh hang jebat yang membalas dendam akibat hukuman bunuh oleh sultan kepada hang tuah.

Saturday, July 3, 2010

cakerawala

02 jun 2010 aku dijemput membuat xpdc kat laut cabaran yang tidak kurang hebatnya yang terpahat dalam sejarah peradaban hidupku.Aku bertolak dari bandar kemaman sekitar jam 5 pagi dengan menaiki van yang dikhaskan oleh syarikat menuju ke lapangan terbang Sultan Ismail petra ,pengkalan chepa kota bahru kelantan.




11 hilang pelantar minyak meletup


NEW ORLEANS 22 April - Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi laut dan udara semalam untuk mencari 11 pekerja minyak yang hilang di Teluk Mexico selepas satu letupan kuat menggegarkan sebuah pelantar di perairan dekat pantai Louisiana.

Tiga pekerja yang cedera masih kritikal selepas letupan menggegarkan pelantar Deepwater Horizon yang separuh tenggelam pada sekitar 10 malam semalam (11 pagi semalam waktu Malaysia), menyebabkan bola api menjulang ke udara.

Seramai 15 orang diterbangkan dengan helikopter ke hospital tempatan sementara pasukan penyelamat giat memindahkan baki 126 kakitangan dari pelantar kendalian kontraktor Switzerland, Transocean yang beribu pejabat di Houston, Texas.

Pelantar yang dikendalikan di bawah kontrak dengan BP Exploration and Production Inc. itu dipercayai mengalami kebocoran gas ketika menggerudi batu di kawasan cari gali Macondo milik BP, kata Naib Presiden Transocean, Adrian Rose.

"Tidak syak lagi tekanan semakin meningkat dalam paip yang berpunca dari dasar laut," katanya, sambil menolak kemungkinan letupan berpunca daripada poket gas cetek.

Beliau bagaimanapun berkata, punca kemalangan itu masih disiasat dan pihaknya belum mendapat fakta untuk mengesahkan kebocoran gas tetapi itu sekadar andaian yang mereka buat.

Pengawal Pantai menafikan laporan akhbar Times-Picayune mengatakan 11 pekerja yang hilang itu didapati selamat.

"Kami tidak mengetahui di mana 11 pekerja yang hilang itu berada tetapi kami akan terus mencari mereka," kata Komander Daerah Kelapan Pengawal Pantai, Laksamana Mary Landry.
Platform yang terletak 84 kilometer ke tenggara Venice di pantai Louisiana itu condong tiga hingga 10 darjah dan masih terbakar hampir sehari selepas letupan. Utusan

Friday, May 28, 2010

buggies