Monday, December 14, 2009

beranikah anda...??

Camner perasaan anda kalau disuruh berbuat demikian....??? tunjukkan keberanian anda semoga berjaya......

Restoran tandas

Adakah anda suka makan kat dalam tandas..??? Mustahilkan tapi kalau anda suka makan kat dalam tandas ,terdapat sebuah restoran aku pon x tau kat mane diaorang buat suasana cam dalam tandas.hhhmnmmmnn pelik tapi benar........



Sunday, December 13, 2009

patung lilin

Percaya atau tidak gambar yang anda lihat kat bawah adalah patung yang diukir dengan menggunakan lilin.kreatif bukan..? anda patut mencubanya dirumah agar rumah anda tidak dimasuki pencuri...hehehe maklumla sekarang ni banyak berlaku kecurian







Do u believe it..???please believe

Thursday, December 10, 2009

Wanita yang tak pernah mati


MISTERI POTRET MONALISA

1. Identiti Monalisa itu sendiri
2. Riak wajah Monalisa
3. Mata Monalisa akan memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu
4. Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan
5. Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igauan penyelidik, ahli psikilogi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsir makna senyuman tersebut

TEORI MENGENAI MONALISA

1. Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa
2. Seorang penulis, Serge Bramly, mengemukakan teori bahawa lukisan Monalisa adalah ibu kepada Da Vinci dekenali sebagai Caterina
3. Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang
4. Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr lillian Schwartz dari Bell labs yang menyatakan Monalisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi 'kewanitaan'. teori itu dperoleh apabila schwartz menggabungkan wajah leonardo dan wajah Monalisa dan hasilnya didapati bentuk kedua-dua wajah itu selari

FAKTA POTRET MONALISA

1. Lukisan itu popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 ogos 1911. selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja Muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah
2. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre 2 tahun kemudian
3. Populariti potret Monalisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, inspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain
4. Judul Monalisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Monalisa, judul lain adalah La Gioconda
5. Keistimewaan Monalisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari sudut pandangan yang berbeza
Terdapat pertikaian bahawa Monalisa membiarkan rambutnya terurai sehinggakan bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenrnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
6. Selepas 500yrs, keadaan meterial lukisan Monalisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan

Mee segera berperisa babi



Aku nasihatkan berhati-hatilah kepada pengemar mee segera ,baru-baru ni aku dapat info tentang mee segera yang dicampur dengan perisa babi.Kalau korang x perhatikan dan tak ambil cakne terukla bangsa melayu yang beragama islam yang ditipu dan diperbodohkan.Bungkusan mee segera ni bertulis `Bak Kut Teh,' tetapi di sudut tepi bawah tercatat perkataan "Halal" dalam tulisan jawi.
Dalam bahasa cina "Bak" bermaksud babi manakala "Bak Kut Teh" pula bermaksud sup herba bercampur babi atau khinzir.persoalannya camner leh letak tanda halal ni....?????!!!!!