Saturday, December 31, 2011

Selamat tahun baru 2012

Nak letak yang mane ni yang ni ke or....
yang ni......
Akhirnya muncul juga tahun 2012 semoga tahun ini lebih bermakna ,tapi malang telah muncul belum lagi masuk 2012 keluarga aku telah huru-hara gara-gara adik aku yang berfikiran macam orang teerencat akal.Cinta apa maksud cinta...?
Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.
Masalah ini bermula apabila adik aku mula kemaruk dengan istilah cinta lupe semua perkara yang ada diatas dunia dan hidup dialam fantasi.Pendek kata makan tak lalu tidur tak lena kerja semua tak menjadi tak ada fokus dalam hidup.Masalah bertambah berat apabila ahli keluarga menasihati semua ibarat pepatah melayu"masuk telinga kanan keluar telinga kiri , tak dapat membezakan mana yang betul mana yang salah .fuhhh hebat cam dalam filem hehehehe.
Tapi inilah realiti semalaman adik aku tak pulang tut tut aku dapat berita pada hari keesokkannya dia pergi ke johor membawa hati yang lara betul-betul menyusahkan mak bapak kecik2 tak nak mampuh dah besar pon nak menyusahkan orang ...marah betul aku dibuatnyer kalau ikutkan hati nak aku belasah je ......
So berbaloi ke menyusahkan keluarga ni tak masuk lagi ugutan nak bunuh diri la ,adoiii budak-budak zaman sekarang ape ko ingat kalau ko mati awek ko tak pegi cari pakwe lain ke bodoh betul.......so sebagai kate hikmat lu fikirla sendiri......

Berakhirnya 2011

Detik 12 malam kian hampir semoga tahun 2012 ni lebih bermakna buat diri hamba yang tidak tahu mana hujung mana pangkalnya.Dalam keadaan dunia yang penuh dengan kenikmatan sementara ini kita selalu leka dan lupa mana asal kita semoga kita semua dibukakan pintu hati dan ditunjukkan ke jalan yang benar agar diri kita berada dibawah lindungan Allah s.w.t.

Sunday, December 25, 2011

emas emas emas terbaikkkkkk




Emas siapa yang tak kenal dengan perkataan ini ,perkataan yang dapat mengubah hidup seseorang daripada miskin kepada kaya atau jutawan.SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

Saturday, December 17, 2011

Lumba D kemaman 2011

Program ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi yang disertai kira-kira 500 orang peserta.Kayuhan bersama YB ini dianjurkan oleh pejabat belia dan sukan daerah kemaman dengan kerjasama chukai cycling club.Tapi harapan kami hampa tiada YB yang datang sedangkan program tersebut adalah program bersama YB ,mungkin cuaca agak kurang baik kot so cancel........noo comennn........so kami meneruskan kayuhan bersama-sama budak fixie ,mountain bike dan roadbike.Kayuhan ini bermula di padang astaka mengelilingi bandar masuk kekampung bukit mentok menuju kampung mak chili seterusnya kembali semula ke padang astaka.Acara ini dilepaskan oleh datok Awang tera terimakasih kerana sudi meluangkan masa.
Setelah berakhir kayuhan D kemaman bermula pula acara lumba fixie dan mauntainbike ,kedua-dua acara dikehendaki menghabiskan 5 pusingan .Acara roadbike pula terbahagi kepada 2 iaitu open dan under 16 ,acara ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir 4.30 petang.








Friday, December 16, 2011

Operasi keselamatan jalan kayuhan D kemaman

Bermula pukul 4.30 petang sukarelawan club kami bertungkus-lumus membersihkan jalan bagi memastikan keselamatan pelumba berada di tahap sifar.Kerja-kerja membersihkan jalan dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan perlumbaan tergendala.Kerja-kerja pemasangan arrow juga dilakukan bagi memudahkan pelumba-pelumba mengenalpasti jalan yang telah ditetapkan oleh penganjur.semoga perlumbaan kami berjalan dengan lancar esok gud luck kepada pelumba.......chaiiyookkkk.....







Friday, December 9, 2011

Kayuhan amal ke tanah perkuburan Tok Kapor binjai

Seawal pukul 6.30 pagi ahli club kami chukai cycling telah berkumpul dihadapan kedai jaya motor jalan air putih untuk berkayuh ke komplek rakan muda kampung mak lagam.Program ini dianjurkan oleh pejabat belia dan sukan daerah kemaman dengan kerjasama club ccc dan penduduk kampung binjai.Tujuan acara diadakan adalah untuk memupuk semangat gotong royong dikalangan belia sambil melakukan aktiviti yang berfaedah seperti membersih tanah kubur dan bertahlil.Walaupon kdalam keadaan hujai renyai ahli club kami masih lagi bersemangat untuk berkayuh bermula dari komplek rakan muda menuju ke kampung binjai menuju ke tanah perkuburan tok kapor.Sampai disana kami diberi tazkirah mengenai adab-adab menziarah kubur sambil mengisi perut kami yang kosong sebelum melakukan kerja-kerja membersih.Penduduk kampung pula sibuk menyiapkan masakan tengahari dengan acara menyembelih lembu dan melapah meriah betol.





Setelah taklimat keselamatan kami bergerak menuju ke kampung binjai melalui jalan baru untuk keselamatan rider



Tazkirah adab-adab menziarah kubur oleh ustaz marpa




acara melapah daging lembu oleh penduduk kampung dan memasak oleh kaum ibu heheheheh





group kami pula sibuk membersihkan kawasan perkuburan ,berbagai-bagai aksi ngeri boleh disaksikan hihihihihi












Selepas acara membersihkan kubur kami beramai-ramai dengan penduduk kampung melakukan tahlil dan menjamu selera makanan yang telah disediakan .Syurur alhamdulillah kerana program ini berjalan lancar walaupon ada 2 orang rider terguling tetapi hanya mengalami cedera ringan.