Monday, July 5, 2010

keris tamingsari


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.

Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Kini, Keris Taming Sari merupakan salah satu alat kebesaran Negeri Perak.
Keris Taming Sari adalah keris yang dipunyai oleh Taming Sari

Di ceritakan pemilik asal keris ini adalah merupakan pendekar atau hulubalang kerajaan mahajapahit yang bernama Taming Sari. Keris ini kemudianya bertukar tangan kepada hulubalang melaka yang telah berjaya membunuh taming sari bernama Hang Tuah.

Menurut cerita yang di ceritakan kejadian ini berlaku pada zaman kesultanan melaka di bawah pemerintahan sultan muzafar shah. Sultan tersebut hendak menikahi anak perempuan raja mahajapahit. Angkatan melaka telah berkunjung ke majapahit bersama - sama dengan para pembesar dan hulubalang melaka yang terdiri dari Hang Tuah,Hang Jebat , Hang Lekiu, Hang Kasturi dan Hang Lekir.

Ketika sambutan kepada sultan tersebut perbagai persembahan di sembahkan dan akhir sekali Taming sari meminta kebenaran kepada raja mahajapahit untuk menantang hulubalang melaka bermain keris. Tantangan tersebut di terima oleh Hang Tuah dan berlakulah babak permainan dan bertikam keris. kedua - dua pendekar nampak sama hebat dan gagah ... namun pada satu ketikan hang tuah berjaya menikan taming sari dengan keris nya ... tetapi tidak lut atau kebal .

Maka hang tuah berasakan bahawa kekebalan taming sari adalah disebabkan kesaktian yang ada pada kerisnya lalu hang tuah berusaha merampas keris itu. ketika di dalam pertempuran itu hang tuah berjaya membuat helah yang menyebabkan keris taming sari terlekat ke dinding lalu ia merampasnya.

namun adalah pantang membunuh musuh yang tidak bersenjata lalu diberikan keris beliau kepada taming sari dan di pendekkan cerita hang tuah berjaya menikan taming sari lalu mati. Lalu keris itu telah dihadiahkan kepada hang tuah oleh raja mahajapahitt.

keris ini juga terbabit di dalam membunuh hang jebat yang membalas dendam akibat hukuman bunuh oleh sultan kepada hang tuah.

Saturday, July 3, 2010

cakerawala

02 jun 2010 aku dijemput membuat xpdc kat laut cabaran yang tidak kurang hebatnya yang terpahat dalam sejarah peradaban hidupku.Aku bertolak dari bandar kemaman sekitar jam 5 pagi dengan menaiki van yang dikhaskan oleh syarikat menuju ke lapangan terbang Sultan Ismail petra ,pengkalan chepa kota bahru kelantan.




11 hilang pelantar minyak meletup


NEW ORLEANS 22 April - Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi laut dan udara semalam untuk mencari 11 pekerja minyak yang hilang di Teluk Mexico selepas satu letupan kuat menggegarkan sebuah pelantar di perairan dekat pantai Louisiana.

Tiga pekerja yang cedera masih kritikal selepas letupan menggegarkan pelantar Deepwater Horizon yang separuh tenggelam pada sekitar 10 malam semalam (11 pagi semalam waktu Malaysia), menyebabkan bola api menjulang ke udara.

Seramai 15 orang diterbangkan dengan helikopter ke hospital tempatan sementara pasukan penyelamat giat memindahkan baki 126 kakitangan dari pelantar kendalian kontraktor Switzerland, Transocean yang beribu pejabat di Houston, Texas.

Pelantar yang dikendalikan di bawah kontrak dengan BP Exploration and Production Inc. itu dipercayai mengalami kebocoran gas ketika menggerudi batu di kawasan cari gali Macondo milik BP, kata Naib Presiden Transocean, Adrian Rose.

"Tidak syak lagi tekanan semakin meningkat dalam paip yang berpunca dari dasar laut," katanya, sambil menolak kemungkinan letupan berpunca daripada poket gas cetek.

Beliau bagaimanapun berkata, punca kemalangan itu masih disiasat dan pihaknya belum mendapat fakta untuk mengesahkan kebocoran gas tetapi itu sekadar andaian yang mereka buat.

Pengawal Pantai menafikan laporan akhbar Times-Picayune mengatakan 11 pekerja yang hilang itu didapati selamat.

"Kami tidak mengetahui di mana 11 pekerja yang hilang itu berada tetapi kami akan terus mencari mereka," kata Komander Daerah Kelapan Pengawal Pantai, Laksamana Mary Landry.
Platform yang terletak 84 kilometer ke tenggara Venice di pantai Louisiana itu condong tiga hingga 10 darjah dan masih terbakar hampir sehari selepas letupan. Utusan