Monday, December 14, 2009

beranikah anda...??

Camner perasaan anda kalau disuruh berbuat demikian....??? tunjukkan keberanian anda semoga berjaya......

Restoran tandas

Adakah anda suka makan kat dalam tandas..??? Mustahilkan tapi kalau anda suka makan kat dalam tandas ,terdapat sebuah restoran aku pon x tau kat mane diaorang buat suasana cam dalam tandas.hhhmnmmmnn pelik tapi benar........



Sunday, December 13, 2009

patung lilin

Percaya atau tidak gambar yang anda lihat kat bawah adalah patung yang diukir dengan menggunakan lilin.kreatif bukan..? anda patut mencubanya dirumah agar rumah anda tidak dimasuki pencuri...hehehe maklumla sekarang ni banyak berlaku kecurian







Do u believe it..???please believe

Thursday, December 10, 2009

Wanita yang tak pernah mati


MISTERI POTRET MONALISA

1. Identiti Monalisa itu sendiri
2. Riak wajah Monalisa
3. Mata Monalisa akan memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu
4. Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan
5. Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igauan penyelidik, ahli psikilogi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsir makna senyuman tersebut

TEORI MENGENAI MONALISA

1. Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa
2. Seorang penulis, Serge Bramly, mengemukakan teori bahawa lukisan Monalisa adalah ibu kepada Da Vinci dekenali sebagai Caterina
3. Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang
4. Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr lillian Schwartz dari Bell labs yang menyatakan Monalisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi 'kewanitaan'. teori itu dperoleh apabila schwartz menggabungkan wajah leonardo dan wajah Monalisa dan hasilnya didapati bentuk kedua-dua wajah itu selari

FAKTA POTRET MONALISA

1. Lukisan itu popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 ogos 1911. selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja Muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah
2. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre 2 tahun kemudian
3. Populariti potret Monalisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, inspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain
4. Judul Monalisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Monalisa, judul lain adalah La Gioconda
5. Keistimewaan Monalisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari sudut pandangan yang berbeza
Terdapat pertikaian bahawa Monalisa membiarkan rambutnya terurai sehinggakan bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenrnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
6. Selepas 500yrs, keadaan meterial lukisan Monalisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan

Mee segera berperisa babi



Aku nasihatkan berhati-hatilah kepada pengemar mee segera ,baru-baru ni aku dapat info tentang mee segera yang dicampur dengan perisa babi.Kalau korang x perhatikan dan tak ambil cakne terukla bangsa melayu yang beragama islam yang ditipu dan diperbodohkan.Bungkusan mee segera ni bertulis `Bak Kut Teh,' tetapi di sudut tepi bawah tercatat perkataan "Halal" dalam tulisan jawi.
Dalam bahasa cina "Bak" bermaksud babi manakala "Bak Kut Teh" pula bermaksud sup herba bercampur babi atau khinzir.persoalannya camner leh letak tanda halal ni....?????!!!!!

Thursday, November 26, 2009

selamat menyambut hari raya korban





thanks kepada member2 yang sudi melawat kat blog aku semoga korang sume ceria menyambut hari raya korban taun ni.mesti korang sume bz hari ni coz kne settle awal memproses lembu untuk dibahagikan , yeala raye jatuh pada hari jumaat.pagi ni aku terlibat jugak dengan aktiviti memproses lembu ni adela dalam 5 ekor penat aku dibuatnye.kepada sesiapa yang tak berape pandai dalam bab memproses lembu ni aku nasihatkan jangan takut nak pegang pisau time ni la nak belajar bile lagi kalau tak cube takkan nak tengok orang je buat.

Saturday, October 24, 2009

kezaliman manusia............












Kemarin aku ponteng kerje semata2 nak pergi memancing hehehehe ,xdela aku mintak cuti ngam tokey aku ...terima kasih aku ucapkan kt tokey aku hajimat dan keluarga coz memahami hobi aku hehehe teruk tul dapat kuli cam aku ni hehehe...entri kali ni masih lagi bab memancing sebab aktiviti aku minggu ni memancing.Aku bertolak dari rumah sesudah subuh dalam pukul 6.30 pagi untuk menuju ke lubuk memancing yang menjadi kegilaan para pemancing tegar tapi aku tak la tegar sangat.Dipertengahan jalan aku singah membeli sarapan pagi dan tengahari,aku bersama 2 org lagi member aku meneruskan perjalan menuju ke lubuk yang dikenali dengan nama jeram 7.Perjalanan untuk sampai memakan masa dalam 2 jam fuhh penat giler...aku pergi ngam motor yeala nk masuk hutan x blehla bawak kereta kalau 4x4 xpe.Sampai kt lubuk memancing aku terus mencari bekalan makanan kebulur beb tak sarapan lagi ,member2 aku sibuk menyiapkan peralatan memancing masing2 berlumba untuk mendapat tangkapan pertama.Lepas makan aku pun start la memancing ,tunggu punye tunggu dah masuk sejam sekor pun xdapat ikan hairan jugak xder langsung gerak air yang menandakan terdapat ikan kat kawasan aku memancing ni nak kate air x ok air ok .Aku ngam member aku merayau2 di sekitar untuk mencuba nasib di tempat yang jauh sikit ngam tempat aku memancing tadi,tiba2 member aku memanggil aku sambil menunjukkan sesuatu di tangan nya.Korang nak tau ape yang berada di tangannya....booommm...aku mengeluh panjang patutla dari tadi tak dapat sekor pon ikan....geram tul aku dah la datang jauh2 x dapat hasil langsung malang tul nasib aku.Entah manusia mane yang gile buat kerje cam ni maafla kalau aku berkasar tapi memang patut pon siapa yang x marah main bom bukan setakat mak ikan semua makhluk yang ade kat dalam sungai tu mati, abis camner aku nak mancing....hhhmmmm
Kalau la korang berada di tempat aku mase tu camner perasaan korang agaknyer marah , gembira ,sakit hati @ sedih.Aku nasihatkan kepada sesiapa yang buat keje giler ni insafla xder gune nyer buat keje camni untung sekejap je....Aku jugak berharap pihak yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ni dapat menyelesaikan masalah ni agar alam sekitar kite terjamin dan terpelihara.Lupa lak aku nak bagitau berkenaan gambar tapak kaki yang aku masukkan kat dalam entri ni ,gambar tapak kaki ni sebenarnyer tapak kaki badak sumbu aku jumpa kat tempat aku memancing jumpa tapak je x jumpa tuan nyer....

Thursday, October 15, 2009

sepit biru






minggu ini aktiviti utama aku memancing udang galah.Kire sesuailah dengan tajuk utama entri aku ni sepit biru , hhhmmmmn mule2 aku ingat senang la nak pancing sepit biru ni , rupe-rupenyer susah jugak 4 hari aku berlabuh kt dalam sungai nak cari lubuk sepit biru ni .Kalau nak pancing sepit biru kne ade cara tersendiri kalau x... dapat janggut je la,buat tom yam janggut hehehehe....kalau korang nak tahu cara pancing sepit biru ni korang kne tanye org yg pro dalam bidang ni , aku tak brape pandai tapi pancing tu ade la jugak hasil.....

ni hari pertama aku memancing kire murah rezekila bab dpt gakk sepit tapi tak biru la...kalau korang pandai carik lubuk bleh dpt byk sepit biru tapi kne gak tgk camner keadaan air sejuk ke panas ke...kalau sejuk susah ckt nk dpt....
hari ke-2 aku dpt byk ckt dlm 8 ekor sume sepit biru.....kalau nk memancing sepit biru ni mulut kne jage jgn celupar sgt silap-2 leh jumpe sang beedaall ...jawabnyer balik awal la..kate org tua2 kalau tempat tu ade byk udang mesti ade sang bedal kt bawah tengah snoorkerling hehehehe....knape sang bedal selalu ade kt lubuk sepit biru ekk....ader yg ckp udang ni makanan dier la...ader plak yg cakap udang ni jadi tukang cuci sang bedal la...hhhhmmmn bg aku mungkin sepit biru carik makanan kot kt atas belakang sang bedal sebab sang bedal x mandi byk daki kt badan yer hehehehe ape2 pon terpulang pada pandangan korang ....




byk jgk sepit biru yg aku dapat dalam 2kg ,sempat jgk aku jual 1kg dpt gak duit belanje RM40... so kalau korang nk mancing sepit biru time ni la , kumpul byk2 pastu jual dalam RM50 atau RM60 sekilo bergantung kepada saiz....
lupe lakk aku nak bagi tau kt mane aku pancing sepit biru ni...aku memancing kt sungai ibok,perjalanan nak pergi kt lubuk sepit biru ni agak jauh jgk la dalam satu jam baru sampai

Friday, October 2, 2009

penenang hati

Lepas raya baru ni member aku ajak pergi memancing kat hutan.Aku memang suke masuk hutan ni bleh jumpe mende2 yang x pernah aku tengok kt bandar.Best jugak leh mandi air sungai ,pemandangan pun cantik bleh tenangkan fikiran jauh dari kesibukan kota.Nama tempat aku nk pergi ni Jeram Tanduk entah kenapa orang panggil jeram tanduk aku pun tak tau mungkin banyak tanduk kot kt sini hehehe tempat ni terletak kt kg air putih ,banyak lagi jeram 2 yang ade kat sini tapi aku tak sempat nak pergi sebab waktu tak mengizinkan.

aku pergi ngam motor untuk memudahkan pergerakan aku kt dalam hutan tapi kalau nak pergi ngam kereta pun boleh jalan ok...
sebelum masuk hutan kene la isi perut dulu lapar beb nak makan ape kt dalam hutan .sedap jugak nasik lemak kg 2 bungkus aku bedal tambah plak 2 bungkus lagi buat bekal kt dalam hutan...









Hasil tangkapan aku bolehla goreng balik rumah nanti.....kalau ikut hati aku ikan ni aku buat balik hidup2 kat rumah letak kt dalam aquarium cantik tapi nk buat camner xder bekas ,aku buat balik sekor je tu pun ikan lampan.Kalau korang nak tenangkan fikiran bagus datang kat sini ,berkemah baru best tiap2 hari memang ramai orang datang berkelah kire popular jugak la tempat ni...