Wednesday, February 24, 2010

Hargailah selagi perluang masih ada

AL-FATIHAH
Hari ini sudah 24 hari ,dugaan yang paling berat untuk ditanggung oleh aku dah keluarga.Semoga Allah ringankan bebanan ini dan tabahkan hati kedua ibubapaku agar mereka boleh menerima apa yang telah berlaku.Tanggal 020210 jam 0350 petang adalah tarikh yang tak dapat aku lupakan yang menyebabkan jantungku berhenti berdegup.Pada hari itu aku diarahkan untuk bertugas di perairan negara iaitu bertempat di m3nergy perintis.Aku tak sempat menemui adik kesayangan aku , dia terlibat dalam kemalangan di dungun antara motor dan lori.Hari ini aku pulang untuk menatap pusara adik ku yang masih merah.Kes adik aku ini boleh dikatakan kes langgar lari oleh pemandu yang tak berhati perut ......adik aku telah digilis oleh seorang lelaki yang sebaya umurnya dengan aku.......menurut cerita penduduk yang menyaksikan kemalangan tersebut adik aku terjatuh lalu tergolek masuk kat bawah lori tapi lori tersebut berhenti.....tapi disebabkan oleh sikap yang tak berhati perut pemandu tersebut terus menekan minyak tanpa memperdulikan adik aku yang masih berada di bawah......dengar kata dia anak orang senang tokey ikan kat dungun ,aku doakan dia selamat dari aku........

No comments:

Post a Comment