Saturday, January 9, 2010

asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Persiapan untuk membuat bubur asyura ini telah bermula pada awal pagi lagi sekitar jam 7 bagi menyediakan bahan-bahan untuk membuat bubur asyura.Majlis ini diadakan di surau Kg Dusun Nyior melalui sumbangan yang di dermakan oleh penduduk kg.Majlis ini diketuai oleh Pok awie,Pok Aziz Marang,Pok Nazir,Pok lan,Pok Asmara,Pok romat dan pok Lat.Otai jemputan bagi menjayakan majlis ini diketuai oleh hajimat dan isteri ,majlis ini berakhir pada pukul 4 petang.























No comments:

Post a Comment