Saturday, October 24, 2009

kezaliman manusia............












Kemarin aku ponteng kerje semata2 nak pergi memancing hehehehe ,xdela aku mintak cuti ngam tokey aku ...terima kasih aku ucapkan kt tokey aku hajimat dan keluarga coz memahami hobi aku hehehe teruk tul dapat kuli cam aku ni hehehe...entri kali ni masih lagi bab memancing sebab aktiviti aku minggu ni memancing.Aku bertolak dari rumah sesudah subuh dalam pukul 6.30 pagi untuk menuju ke lubuk memancing yang menjadi kegilaan para pemancing tegar tapi aku tak la tegar sangat.Dipertengahan jalan aku singah membeli sarapan pagi dan tengahari,aku bersama 2 org lagi member aku meneruskan perjalan menuju ke lubuk yang dikenali dengan nama jeram 7.Perjalanan untuk sampai memakan masa dalam 2 jam fuhh penat giler...aku pergi ngam motor yeala nk masuk hutan x blehla bawak kereta kalau 4x4 xpe.Sampai kt lubuk memancing aku terus mencari bekalan makanan kebulur beb tak sarapan lagi ,member2 aku sibuk menyiapkan peralatan memancing masing2 berlumba untuk mendapat tangkapan pertama.Lepas makan aku pun start la memancing ,tunggu punye tunggu dah masuk sejam sekor pun xdapat ikan hairan jugak xder langsung gerak air yang menandakan terdapat ikan kat kawasan aku memancing ni nak kate air x ok air ok .Aku ngam member aku merayau2 di sekitar untuk mencuba nasib di tempat yang jauh sikit ngam tempat aku memancing tadi,tiba2 member aku memanggil aku sambil menunjukkan sesuatu di tangan nya.Korang nak tau ape yang berada di tangannya....booommm...aku mengeluh panjang patutla dari tadi tak dapat sekor pon ikan....geram tul aku dah la datang jauh2 x dapat hasil langsung malang tul nasib aku.Entah manusia mane yang gile buat kerje cam ni maafla kalau aku berkasar tapi memang patut pon siapa yang x marah main bom bukan setakat mak ikan semua makhluk yang ade kat dalam sungai tu mati, abis camner aku nak mancing....hhhmmmm
Kalau la korang berada di tempat aku mase tu camner perasaan korang agaknyer marah , gembira ,sakit hati @ sedih.Aku nasihatkan kepada sesiapa yang buat keje giler ni insafla xder gune nyer buat keje camni untung sekejap je....Aku jugak berharap pihak yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ni dapat menyelesaikan masalah ni agar alam sekitar kite terjamin dan terpelihara.Lupa lak aku nak bagitau berkenaan gambar tapak kaki yang aku masukkan kat dalam entri ni ,gambar tapak kaki ni sebenarnyer tapak kaki badak sumbu aku jumpa kat tempat aku memancing jumpa tapak je x jumpa tuan nyer....

No comments:

Post a Comment