Tuesday, November 22, 2011

Nikmat berbasikal....terbaikkkk


Jelajah terengganu 2011 adoiii.....stage pertama aku stedy brekway dalam acara itt iaitu ujian masa perseorangan tetapi malang tak berbau untuk stage ke-2,ke-3 dan ke-4 ,aku ditimpa kemalangan berturut-turut hhhmmmnnnn.Stage ke-2 aku xcident dalam acara ttt iaitu ujian masa berkumpulan yang bermula dari stadium Gong Badak menuju ke Besut.Ketika sedang membuat kayuhan pantas bersama-sama 5 lagi riders club tiba-tiba tayar depan aku bertembung dengan tayar belakang riders daripada club aku maka tersungkurla aku bersame-same tenggiling kesayangan aku ni adoiiii kemek siku tapi aku masih teruskan kayuhan walaupon luka nampak agak teruk.Stage yang ke-3 pula aku xcident ngam pelumba plak keadaan agak mengerikan kalau berlaku di depan mata.Acara ini dilepaskan secara beramai-ramai maka dalam keadaan hujan lebat pelumba meningkatkan kelajuan masing-masing mahu menang tanpa memikirkan bahaya yang sedang menunggu dihadapan.Setelah hampir 20 km berkayuh maka sekali lagi aku xcident .Kejadian ini berlaku kerana jalan yang dilalui pelumba di penuhi dengan air dan berlubang ,seramai 8 orang pelumba tersungkur dan aku salah seorang daripada mereka ,ada plak yang cakap mashall langgar air so percikan air tu terkena rider entahla berita betul ke tak.Berbalik kepada keadaan aku plak oleh kerana speed mencecah 45 km per hour dalam keadaan basah plak so brek tak berape menjadi ,terpaksela aku membuat pilihan yang mane satu aku nak langgar basikal ke...? orang ....ke? or pelumba yang sempat mengelak daripada xcident tersebut.Dalam duk memikirkan masalah tersebut so aku memutuskan basikal kalau aku langgar orang memang ICU patah la tulang temulang beliau.Teruk juga keadaan aku stage yang ke-3 ni kecederaan yang aku alami agak menyakitkan luka di kedua-dua belah siku ,lutut dan betis tetapi oleh kerana semangat yang membara still meneruskan kayuhan dengan keadaan basikal juga agak teruk fork bengkok handle pon sama.Ketika aku sampai di garisan penamat semua orang dah pulang tetapi aku berpuas hati coz dapat menakluki air terjun sungai bueh yang mencabar minda dan kaki hahahaha walaupon dalam keadaan yang menyakitkan hehehehe.Stage yang ke-4 sekali lagi aku di timpa kemalangan dengan kereta team manager aku sendiri hahahaha sabotaj hihihihihi.Stage ini bermula di kuala berang melalui lebuhraya dan berakhir di padang astaka kemaman.Cuaca agak baik dan hujan takla selebat kemarin seperti biasa pelumba meningkatkan speed mereka untuk memutuskan pelumba kepada group yang lebih kecil aku still lagi boleh berada dalam group yang besar tapi tanda-tanda kesakitan kian muncul tetapi masih boleh bertahan.Pelumba semakin meningkatkan speed mereka dan aku dah semakin ketinggalan ,maka aku terpaksa mengikut kereta team manager yang setia mengescort aku sehinggalah sampai 20 km aku berkayuh team manager aku terkejut air yang penuh di atas jalan so dia memperlahankan kenderaannya secara mengejut untuk memberi laluan kepada ku tapi tak sempat coz aku mengekorinya dengan rapat maka sekali lagi aku berguling di atas jalan yang empuk ini adooiii nasib baik bas kat belakang aku perlahan, marah btol drebar bas kat kereta team manager aku kahkahkah "kenapa kereta kat depan tu brek "hehehehehehe.
Begini rupenyer lumba hahahahaha menyiksakan ,meletihkan ,mementalkan, tapi banyak pengalaman yang aku dapat , yang mengajar aku menjadi insan yang kuat hehehehehehe terimakasih diucapkan kepada team manager kerana sangup bersusah payah mengescort.......terbaiikkkkkkk












beginilah keadaan basikal yang terlibat dalam pertembungan dengan kereta kebal habis rosak nasib baik tuan tak jadik cam ni jugak adoiiii

No comments:

Post a Comment