Friday, July 26, 2013

Hukum meninggalkan puasa Ramadhan

Sesiapa tidak berpuasa Ramadhan tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan, dia adalah fasiq dan berdosa besar. Dia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan bukan kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun dia melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Oleh itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan syarak dan berazam tidak akan mengulangi lagi buat selamanya.

No comments:

Post a Comment