Sunday, September 20, 2009

Noordin Mat Top


nama ini sudah tidak asing lagi bagi negara kita, siapa yang tidak kenal dengan nama Noordin Mat Top atau nama sebenarnya Noordin Mohammad Top.beliu dilahirkan pada 11 ogos 1968 di Kluang Johor,merupakan militan islam yang paling dikehendaki di indonesia dan pengganas paling dikehendaki di Asia.beliu dianggap pembuat bom utama dan pembiaya kumpulan jemaah islamiyah(JI).beliau juga pernah menjadi guru dan mengajar di sekolah Luqmanul Hakim Ulu Tiram ,Johor.beliau terlibat dalam serangan bom di Bali,Indonesia pada 2002 dan serangan bom di hotel J.W.Marriott Jakarta 2003 dan 2009.beliau mempunyai hubungan rapat dengan Dr Azahari Husin yang telah dibunuh oleh polis Indonesia. Mereka yang sama-sama belajar dan bertugas di UTM Johor telah melarikan diri ke Indonesia selepas polis Malaysia mengesan dan menangkap ahli JI selepas peristiwa 11 September. Ketika di Indonesia, dia menggunakan nama samaran Abdurrachman Aufi. Noodin bertindak sebagai penasihat kewangan kerana berkelulusan akauntan. Sementara Dr Azahari bertindak sebagai pembuat bom.

Dalam serangan terbaru Noordin, dua buah hotel iaitu Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz-Carlton di Jakarta telah dibom pada pagi Jumaat 16 Julai 2009. Bom yang belum meletup ada tanda NR yang dikatakan merujuk kepada Noordin - selaku pembuat dan mencantum komponen bom itu. Ketua Bahagian Antipengganas Kementerian Keselamatan Indonesia Ansyaad Mbai menyatakan bahawa terdapat bukti kukuh Noordin mendalangi serangan itu. Bom buatan sendiri itu mempunyai persamaan dengan yang pernah digunakan dalam serangan 2003, yang dikaitkan dengan Noordin.Noordin dilaporkan terbunuh dalam satu serbuan polis di Jawa Tengah pada 17 September 2009.

No comments:

Post a Comment