Wednesday, April 18, 2012

Pengalaman ngeri yg x dapat dilupakan oleh sahabat ku



MARANG – Adik kepada Mufti Terengganu terbunuh selepas van yang dinaiki terbabas, lalu melanggar batu penanda jalan dan sebatang pokok di Kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa Nor Asma Abdullah, 43, meninggal dunia akibat cedera parah selepas tercampak keluar dari van.

Bagaimanapun pemandu, Mohd Rozi Abu Bakar, 40, dan empat lagi penumpang berada dalam van Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Jheat) itu terselamat.

Salah seorang penumpang juga cedera parah akibat tersepit dalam kenderaan itu.

Mohd Nazmy Mohd Zawawi, 26, penumpang van yang ditemui berkata, mereka berenam dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kemaman untuk mengikuti kursus bahasa isyarat di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, secara tiba-tiba van dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar batu penanda jalan sebelum merempuh sebatang pokok di tepi kiri jalan.

“Saya percaya faktor hujan dan jalan licin menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal sehingga ia terbabas,” katanya.

Menurutnya, rempuhan kuat itu juga menyebabkan mangsa yang berasal Kampung Alor Keladi, Jertih, Besut tercampak keluar dan terhumban beberapa meter ke atas jalan, serta nyaris dilanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Mohd Nazmy yang luka pada tangan dan dahi berkata, mereka kemudiannya memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa, manakala kesemua mangsa yang terselamat pula dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, sepasukan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Marang turut bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit sejurus menerima panggilan kira-kira jam 8.07 pagi.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Alias Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian juga mengesahkan mengenai tragedi yang menimpa adiknya itu dan memaklumkan jenazah mangsa akan dikebumikan di Besut.=sinar harian

Sunday, April 15, 2012

broken heart ngeeeeee

Alahai duit lagi brooo macam pakai lamborgini adoiiiiii.Tu la dulu mak cakap suruh sekolah pandai-pandai tak nak boleh jadi PM ke kan senang ngeeeeee.sesi bulan ni duit gaji hanye untuk mengoperate road bike aku yang terbengkalai selepas race jelajah terengganu , banyak jugak yang perlu diubahsuai......




Oleh kerana dah terlampau giler kat hobi cycling ni so duit xder hal biar makan batu janji kapal selam ni boleh jalan adoiiii cobaannnnn

Tuesday, April 3, 2012

1 april 2012 jom kayuh


Tarikh terbaik ngeeee selepas bercuti panjang sekarang kena start berkayuh kembali bersama-sama rider baru iaitu mr adnan, ayah pin, brother john ,gemok remy and anok buoh kesayangan yusrie

Sunday, March 4, 2012

New knife


Kelemahan utama adoiiii bile nampak pisau jerr pasti nak beli nak buat macam mana dah hobi so mesti beli punyerr.Untuk bulan ni ader 2 bilah pisau lagi akan menyusul fuhhhh demammmmmm

Wednesday, February 29, 2012

xpdc mencari jengo

xpdc ini berlangsung selama 2 hari disertai oleh geng kucalana iaitu ayah pin ,epie pisang dan brother adnan.Kami bertolak menaiki boat sekitar pukul 11 pagi menuju ke sungai ibok untuk mengenalpasti lubuk udang galah @ mat jen.Cuaca hari ini cerah memang sesuai untuk memancing walaupon kulit terase macam nak terbakar jeee tapi biasela adab membangau.


Dalam upacara memukau mat jen pelbagai teknik putarrele digunakan diantaranyerr sentapan turbo,dubble hook,stokin cenkam,sirap bandung,jantung ayam,dan pelbagai lagi teknik yang x masuk dek akal pikiran manusia yang waras.

Saturday, February 18, 2012

Upgrade peralatan perang

Untuk melengkapkan xpdc mencari kelah maka pelbagai kelengkapan diperlukan untuk pertahankan diri operasi mengoprate ikan dan untuk bergaya.


Kelah kumpau 2012 xpdc menyelamat lighter

Trip ini adalah trip yang ke-3 untuk bulan ini xpdc mencari kelah dan mencari status dewa kumpau tahap ke-8.disertai seramai 5 orang dengan gelaran jaguh handalan walaupon kumpau ngeeeeee, untuk trip kali ini hanyalah trip survey lubuk yang berlangsung selama 2 hari 1 malam sahaja.Sebut jer nama hutan maka hilanglah setiap rakyat jelata di tempat kerja ngeeeee walaupon duit x masuk poket tapi kalau sebut masuk hutan fuhhh macam pergi jumpe ngam awek jerr ......mencari ketenangan dan ilham...

pegawai kastam kg dusun kelape sedang memeriksa adakah team kami membawa barang terlarang seperti pistol meriam bom nuklear ngeeeee



setelah sampai diatas bukit maka team kami terpaksa mengusung boat menuruni bukit melalui sungai kecik yang cetek adoiiii cobaan mau tercabut pinggang dibuatnyerr



antara pemandangan dikawasan perkhemahan kami dengan lubuk sedalam 20 kaki dihadapan tetapi sayang air terlampau jernih.
dapur untuk chef terhandal
ikan kelah salai
bibir ikan kelah
raja sungai yang berjaya ditangkap
hasil tangkapan
bujuk stim



inilah kepuasan yang team kami perolehi .....tetapi terpaksa menempuhi halangan yang terbaik punyerr pengalaman yang x dapat dibeli dengan wang ringgit.Untuk pulang team kami terpaksa berkayuh ke kaki bukit melalui beberape jeram dan teladas dengan muatan penuh diatas boat tetapi dengan semangat yang ada kami berjaya sampai dengan selamat walaupon berdepan dengan boat hampir terbalik gara-gara drebar terjun sungai.....terbaikkkkk