Saturday, July 3, 2010

11 hilang pelantar minyak meletup


NEW ORLEANS 22 April - Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi laut dan udara semalam untuk mencari 11 pekerja minyak yang hilang di Teluk Mexico selepas satu letupan kuat menggegarkan sebuah pelantar di perairan dekat pantai Louisiana.

Tiga pekerja yang cedera masih kritikal selepas letupan menggegarkan pelantar Deepwater Horizon yang separuh tenggelam pada sekitar 10 malam semalam (11 pagi semalam waktu Malaysia), menyebabkan bola api menjulang ke udara.

Seramai 15 orang diterbangkan dengan helikopter ke hospital tempatan sementara pasukan penyelamat giat memindahkan baki 126 kakitangan dari pelantar kendalian kontraktor Switzerland, Transocean yang beribu pejabat di Houston, Texas.

Pelantar yang dikendalikan di bawah kontrak dengan BP Exploration and Production Inc. itu dipercayai mengalami kebocoran gas ketika menggerudi batu di kawasan cari gali Macondo milik BP, kata Naib Presiden Transocean, Adrian Rose.

"Tidak syak lagi tekanan semakin meningkat dalam paip yang berpunca dari dasar laut," katanya, sambil menolak kemungkinan letupan berpunca daripada poket gas cetek.

Beliau bagaimanapun berkata, punca kemalangan itu masih disiasat dan pihaknya belum mendapat fakta untuk mengesahkan kebocoran gas tetapi itu sekadar andaian yang mereka buat.

Pengawal Pantai menafikan laporan akhbar Times-Picayune mengatakan 11 pekerja yang hilang itu didapati selamat.

"Kami tidak mengetahui di mana 11 pekerja yang hilang itu berada tetapi kami akan terus mencari mereka," kata Komander Daerah Kelapan Pengawal Pantai, Laksamana Mary Landry.
Platform yang terletak 84 kilometer ke tenggara Venice di pantai Louisiana itu condong tiga hingga 10 darjah dan masih terbakar hampir sehari selepas letupan. Utusan

Friday, May 28, 2010

buggies















land rover idamanku











Tuesday, May 4, 2010

karenah manusia normal dan kurang normal



"orang cakap kalau layan orang gile nanti kite pon jadi gile" benarkah pepatah ini...??

Saturday, May 1, 2010

xpdc jeram rasau -kerteh











Trip kali ni aku meneroka di kg felda kerteh mencari lubuk-lubuk memancing yang mungkin belum diterokai oleh agen pemusnah ikan. Mungkin ade yang tak faham ape maksud "agen pemusnah ikan" istilah ini bermaksud pemancing yang memancing menggunakan bom,arus elektrik,racun dan seangkatan dengannya.Bagi aku memancing tak salah tapi biar la ikut peraturan kalau guna bom semua hidupan yang ada dalam sungai akan mati,tak elok la camni nanti akan datang kami kaki-kaki pancing nak pancing ape dah semua ikan pupus.Berbalik kepada trip aku tadi,xpdc ini disertai seramai 7 orang peserta selama 2 hari 1 malam.Kami bertolak dari tempat berkumpul tepat pukul 4 petang menuju ke felda kerteh dengan sebuah lori kecik.
ni la 4x4 kami yang x seberape
kami sampai di simpang masuk ke sungai sekitar jam 5.30 dan kami terpaksa berhenti rehat seketika sementara menunggu pemandu pelancong sampai.Sebelum sampai ke sungai kami terpaksa melalui ladang kelapa sawit sejauh 3km dengan keadaan jalan yang kurang menyenangkan peserta yang berada di bahagian belakang.
Setelah sampai kat sungai kami terpaksa mengharungi jalan yang berbatu pulak ....kesian kat peserta kami ade yang jatuh ade yang tersungkor.....mengeluh pon ade lambat lagi ke sampai......perjalanan ini mwengambil mase selama satu jam. keciannyer kat member aku ni terpakse membawa baldi umpan riak wajah nye nampak memang dah penat sangat.......berat mata memandang berat lagi bahu memikul hehehehehe.
Akhirnyer setelah bertungkus lumus meredah pelbagai halangan sampai juga kami ke tempat perkhemahan kami.Kami tiba sekitar jam 7 malam tanpa melengahkan mase kami terpakse berpecah untuk mencari kayu api dan mendirikan khemah coz hari dah hampir gelap.
Aktiviti malam kami xde sebab semua peserta penat setelah mengharungi pelbagai rintangan so kami semua buat keputusan untuk tido dan memancing sekitar khemah sahaja.

Keesokkannya kami berpecah untuk mencari lubuk ikan, kami berjalan mendaki lagi untuk mencari air yang paling dalam ,setelah penat mendaki akhirnya kami jumpe..
trip kami kali ini x berjaya coz ikan yang dapat ditangkap hanya la ikan-ikan yang kecik sekadar buat lauk sahaja tapi kami berpuas hati coz dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang masih asli ,pemandangan yang cantik dan udara yang segar.

Sunday, April 25, 2010

Akhlak mulia yang perlu di contohi oleh remaja



Bukan mudah muda-mudi zaman sekarang untuk melakukan kerja-kerja amal tanpa melibatkan upah.Memupuk sikap bergotong-royong,bantu membantu dan hormat menghormati diantara satu sama lain perlu diterapkan sejak dari awal lagi .Apabila dewasa kelak kanak-kanak tadi tahu menilai dan membezakan antara yang baik dan yang buruk.Sekarang ramai remaja di negara ini terlibat dalam aktiviti yang tak berfaedah seperti meragut ,pecah rumah,penipuan dan sebagainya.bagaimanakah cara untuk mengatasi dan siapakah yang patut dipersalahkan

Dulang Bravo ,Dulang Charlie dan Dulang Delta






31 march 2010 still mencari pengalaman baru dalam hidup aku bagi mengisi masa hidup aku yang tak tahu bila berakhir.